Islamic Hijri Calendar

Jauhari Manikam Lubuk Sanubari

>> Thursday, June 4, 2009

Jauh dari sudut hati ini untuk membuat sesuatu perkara yang jelek dipandangan orang. Entah la.. Dalam lunak pemikiran jantung ne, aku keasyikan dengan perkara yang sedikit demi sedikit membinasakan lubuk kecintaanku kepada Nya. Mungkin aku kekurangan sesuatu “benda” yang mampu dan menjadi “antibiotik” kelak bisa la aku dapat membina kekuatan daripada kekurangan yang sentiasa membelenggu jasad ini.



Subhanallah. Diri ini diuji dengan pelbagai perkara. Banyak masalah. Bukan nak menjauhi, malang sekali sering menjebakkan diri dalam jurang ne. Takpa, aku pasrah dan aku sentiasa dengan sikap ku. Suka buat bodoh, suka menghiburkan orang dgn lawak KING ku. Namun, bila difikirkan kembali. Semua yang dilakukan olehku tu, bukanlah memberikan manfaat pun pada diriku ne. Haruskah ku mengubahnya? Mungkin.. barangkali la~



Kadang2 aku suka jgak. Tapi, keadaan tu pun boleh bertukar jadi benci jgak. Takpa.. Aku memang tidak kisah. Ha~ ne senjata utama, kunci pada diriku, mengapa aku masih meneruskan langkah ne walau penuh terluka dan mcam2.



Aku ingin menjadi serius. Ya. Aku nak tetapkan diriku dgn tabiat ne. Mungkin perlu mengharung tempoh yang cukup lama. Takpa, aku tak kisah pun. Yang penting, sifat ne aku akan kekalkan dalam setiap urusan harian ku. Tapi tu pun bergantung dgn situasi yg ketika tu memaksa aku lekang sikit dlm sikap ku tu.. takpa~



Aku berhadap dgn pelbagai manusia yg mana pun memiliki variasi dlm tabiat harian mereka. Ku suka memerhatikan sifat mereka, bukan nak mencari kelemahan, tapi aku nak cari pengajaran daripadanya. Ada yg jenis mcam ne. Pn ada yg mcam tu..



Kenapa aku memilih langkah begitu? Mungkin ne la tabiat ku. Susah la nak ubah tabiat mcm ne. Sebab tu rmai shabat yg ckap aku ne, pendiam.. Mungkin YA, tapi aku pun suka borak jgak. Cuma harus bertepatan dgn keadaan mahu pun situasinya.



Ujian.. ujian.. rmai yg ckap. Masalah yg ku harapi ne. Ujian.Aku da semakin lali dgn perkataan tu. Takpa la. Biar la dorang cakap ujian. Namun, hati ku ne tetap dgn “cabaran”. Aku lebih suka dgn perkataan ne, Aku jenis yg sukakan sesuatu hasil daripada titik peluh tindakan ku sendiri. Walau pun, tidak semua yg bersetuju dgn cara ku ne. Mereka harus faham dan menerima seadanya apa yg cuba hendak dilakukan olehku.



Masing-masing mendirikan pendapat mengikut pandangan dan pendapat mereka. Aku pulak terkial-kial tercari “keistimewaan” sebenar yg masih belum ku gemblengkan sepenuhnya dalam jasadku. Kerna aku sedar itulah yg kesilapan suatu ketika dahulu. Aku gagal mengenal diriku sebenarnya. Maka, inilah masa yang sesuai bagi diriku menyelongkar “keistimewaan” ku itu.



Mudah-mudahan dgn masa yg ada ne. Aku masih mempunyai peluang masa dan janaan tenaga ku.. Aku tidak akan berputus asa..




0 comments:


ukhuwahfillah


ShoutMix chat widget

Followers

Kantoi

Salam. Ahlan wahsahlan dan syukran jazilan wa kathira diucapkan kepada mereka yang sudi bertandang ke blog ini. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT. Berkat limpahan kurnia di samping rezeki yang Allah berikan pada saya. Inilah blog kegemaran saya. Tempat saya untuk bermanja, berdiskusi, bergurau, dan bersembang. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk mencipta satu lagi blog. Bara iltizam yang kian memuncak itu tidak dapat saya halang, akhirnya blog ini terlaksana jua. Semoga dengan apa yang saya sampaikan pada blog ini. Mampu memberikan perkongsian kepada anda semua.

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP