Islamic Hijri Calendar

Tanggungjawab Seorang Anak

>> Friday, April 10, 2009

Assalamualaikum wbt

Suatu perkara yang amat menyakitkan bakal menjadi kenyataan. Masyaallah, jauh daripada sudut hati saya, hendak menerima perkara tersebut. Bukan apa, bila di kenangkan peristiwa itu, sedikit sebanyak menyekat semangat saya untuk terus berjuang.

Ye la kan, sebagai seorang aktivis yang menyedari akan tanggungjawabnya terhadap agama, keluarga, bangsa dan dll, kita akan sentiasa teringin untuk memberikan apa saja yang terbaik. Sebagai seorang anak lelaki tunggal pada keluarga ayah. Bebanan yang saya alami sekarang, masyaallah, membutakan hati saya untuk memikirkan sebahagian tanggungjawab yang harus dilakukan.

Tanggungjawab ini bakal diperturunkan apabila tiba masa ayahanda berangkat pergi buat selamanya. Memang payah juga nak mengelak daripada memikul tugas yang sebelum ini dilaksanakan ayah. Andaikata bukan hanya saya saja seorang lelaki dalam keluarga. Bebanan ini tidaklah sangat berat untuk saya pikul. Namun, inilah suratan takdir daripada Allah swt (btul kan).

Usia muda bukanlah penghalang kepada mereka untuk menjadi seorang ketua pada ahli keluarga. Hanya seperkara saja yang perlu kita persiapkan. Benda tu adalah kepimpinan dan dedikasi terhadap keluarga kita. BUkan senang tau nak memiliki atittude seperti ini. Tidak pernah lagi kita dihebahkan berita "kepimpinan dan dedikasi" itu dijual di pasaran.

Apatah lagi kalau kita sendiri mencarinya sampai ke lubang cacing sekalipun. Huhu.. pasti tidak ketemuan. aisehmen~. Walau bagaimanapun, usia muda ne senang diasah mahu pun dibentuk, kata orang. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan (betul kah? betul la tu). Kita hendaklah lebih optimis menghadapi sebarang cabaran dan dugaan kan. Cuma, saya ne kurang berkeyakinan la untuk menjadi seorang pemimpin kepada keluarga. Rasa belum ada kelayakan lagi bah. Mcam na tu? aisehmen~

0 comments:


ukhuwahfillah


ShoutMix chat widget

Followers

Kantoi

Salam. Ahlan wahsahlan dan syukran jazilan wa kathira diucapkan kepada mereka yang sudi bertandang ke blog ini. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT. Berkat limpahan kurnia di samping rezeki yang Allah berikan pada saya. Inilah blog kegemaran saya. Tempat saya untuk bermanja, berdiskusi, bergurau, dan bersembang. Pada mulanya, saya agak keberatan untuk mencipta satu lagi blog. Bara iltizam yang kian memuncak itu tidak dapat saya halang, akhirnya blog ini terlaksana jua. Semoga dengan apa yang saya sampaikan pada blog ini. Mampu memberikan perkongsian kepada anda semua.

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP